Kehidupan selepas penentangan Dol Said

Selepas Dol Said menyerahkan diri, kerajaan British telah memberinya pencen sebanyak 200 rupee sebulan. Beliau telah membeli sebidang tanah untuk mengusahakan tanaman padi di samping melibatkan diri dalam perubatan. Beliau telah berjaya menghasilkan wang yang mencukupi untuk memakai kasut, membeli sebuah kereta kuda dan mengunakan khidmat tukang emas.[1] Dol Said meninggal dunia pada Ogos 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning bersebelahan Masjid Dato' Dol Said, Taboh Naning.sel